HOME OWNER FRIENDS STUFFS FOLLOW DBOARD NEWER OLDER

Kehidupan Di Astech
Sunday, May 3, 2015 - Permalink - 1 Miku(s)
Assalamualaikum semua,story yang aku nak cerita ni memang aku rasa tak masuk akal bagi aku.Ok aku mulakan ceritanya ya...Permulaan 2015 aku start bersekolah di Sek Men Keb Ayer Hitam yang aku rasa aku akan ambil SPM dekat sekolah ni.Masuk bulan 2 aku dapat tawaran ke sekolah Teknik Alor Setar.Tawaran ni aku dapat yang kali ketiga punya.Aku ada minta sekolah teknik ni tapi aku dah menyerah kalah disebabkan first dgn second intake aku tak dapat.Kecewa gila!jadi aku berjanji yang aku akan belajar rajin2 dengan Najihah dekat SMK Ayer Hitam pastu nak pi belajar dekat jepun sama-sama.Waktu cuti hari raya cina mak aku masuk bilik aku pastu bagitau yang aku dapat tawaran ke sekolah teknik.Waktu tu aku rasa macam terkejut gila.Dah la habis cuti raya cina aku kena pi terus sekolah tu.Gila,memang aku pi tu guru kelas dengan kawan2 aku tak tau pon.Depa semua ingat aku tak pi sekolah sebab cuti tapi yang sebenar-benarnya aku pindah.Memang sedih gila la sebab kawan baik aku pon aku tak sempat bagitau.Aku tak mau pindah tapi mak aku paksa aku sebab dah dapat sekolah yang lebih baik.Haishhhhh memang sedih gila la waktu tu.Ok waktu hari pendaftaran tu aku dapat kelas 4 AG 2 tapi disebabkan aku lambat so aku ditukarkan kepada 4 AG 1.Kelas AG untuk budak-budak yang kena ambik kos sains pertanian pastu kelas ni ja yang ada subjek biologi.Ceeee bakal2 doktor la ni.Selepas itu,aku pi pejabat asrama pulak nak daftar masuk asrama.Terpaksa duduk sebab rumah jauh.Aku dapat dorm G7.Dorm G7 ni semua budak2 yang dapat third intake sama dengan aku.Kawan2 aku ni semua duduk lain2 tempat,ada yang duduk Sg Petani,Pendang,Gurun,Baling dan lain2.First2 jumpa tu memang malu2 gila la tapi lepas dah kenal tu semua macam pa gi.Tengok macam gambar atas tu happy ja kan haha tapi dorm kami ni ramai yang tak suka.Memang banyak gila dugaan dekat dorm kami.Macam2 jadi.Mungkin tu Allah bagi nak tengok kita boleh dah lalui dugaan tu.Insyaallah mungkin Allah nak bagi ganjaran ka.Harap2 tahun depan budak2 dorm G7 semua dapat straight A dalam SPM.Orang pandang kita tak pandai sangat sebab third intake tak apa kita buktikan dekat semua yang kita pon boleh dapat insyaallah Amin......ok lah bye huhuhuhuhmmm esok dah balik asrama sedihnyaaaaa.K byeeeeee you all semua.Sayonara!